Saturday, May 8, 2010

Falsafah Sekolah

FALSAFAH SEKOLAH
" Pendidikan di SM Vokasional Balik Pulau merupakan satu kesinambungan usaha untuk mengekalkan kemurnian fitrah insan yang dilahirkan suci ibarat sehelai kain putih. Ia akan diwarnai dengan nilai kepercayaan kepada Tuhan, kepatuhan kepada undang-undang, kesungguhan dalam menuntut ilmu dan saling hormat- menghormati. Usaha ini untuk melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi, cemerlang, berwawasan dan berkeupayaan untuk menyumbang ke arah kesejahteraan sekolah, masyarakat dan negara".

MISI SEKOLAH
1. Melahirkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam sahsiah, kurikulum dan kokurikulum.
2. Mewujudkan iklim sekolah yang sihat, persekitaran yang bersih dan komuniti sekolah yang harmonis.
3. Sentiasa berusaha meningkatkan profesion perguruan bagi menghasilkan guru yang lebih proaktif, inovatif dan kreatif.
4. Melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi dalam bidang elektrik dan Elektronik dan mampu memberi sumbangan kepada kemajuan negara.

VISI SEKOLAH
Menjadikan SM Teknik Balik Pulau sebagai salah sebuah sekolah premier di negara ini yang menghasilkan para pelajar dan guru yang sentiasa mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

SELAYANG PANDANG SEK. MEN. VOKASIONAL BALIK PUALU

Sekolah ini diserahkan kepada Kementerian Pendidikan oleh kontraktor pada 5 November 1992, dan mula beroperasi pada 18 Januari 1993 dengan penerimaan kumpulan pertama pelajar-pelajar tingkatan 4 dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Balik Pulau. Kumpulan pertama tenaga pengajar dan pengurusan terdiri daripada seorang Pengetua ( En. zokarnain b Hj. Jobshi). 5 orang guru akademik dan 5 orang guru teknikal.

Sekolah ini dibina khusus untuk dua bidang kemahiran iaitu Elektrik dan Elektronik. Bidang-bidang yang ditawarkan ialah Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik ( Teknik ), Kursus Elektrik dan  Elektronik (Vokasional ), juga Sijil Kemahiran iaitu Jaringan domestik dan Industri ( JDI ) serta Menservis radio dan TV ( MRTV ). Sekolah ini telah dibina di atas sebidang tanah seluas 16.18 hektar ( 40 ekar ), terletak kira-kira 0.5 km dari Pekan Genting dan 2.0 km dari Pekan Kongsi.

Dari segi kemudahan fizikal yang disediakan, sekolah ini mengandungi 30 blok bangunan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan iaitu:
a) 1 Dewan Besar.
b) 1 Blok Pentadbiran - pejabat, bilik mesyuarat, bilik guru utama dan bilik gerakan.
c) 6 Blok 'trade school' - bilik darjah, bilik lukisan, makmal sains, bilik komputer, bilik bimbingan  dan         kaunseling, pusat sumber, kedai koperasi dan bilik-bilik panitia tertentu.
d) 1 Bangunan perpustakaan dan stor kooperasi.
e) 7 Buah bengkel Elektrik dan Elektronik
f) 8 Blok Asrama ( mampu menampung 600 orang pelajar dalam satu masa).
g) Kediaman ( 1 kediaman Pengetua, 1 kediaman Pen. Kanan, 1 kediaman Ketua Warden, 4 unit rumah guru dan 10 unit rumah kakitangan)
h) Kemudahan sukan ( 1 padang bola sepak, 1 gelanggang tenis, 1 gelanggang bola tampar, 1 gelanggang bola keranjang, 4 gelanggang sepak takraw dan 3 gelanggang badminton di dalam dewan besar)
i) Sebuah surau.

Sehingga kini SMVBP telah menerima khidmat 4 orang pengetua iaitu En. Zulkarnain b Jobshi (1993 - 1997), Tn. Hj. Ismail b. Shaari (1997 - 2000), En. Azami b. Bakar (2000 - 2005) dan En. Wan Aziz b. Megat Zainon (2005 - 2010).