Thursday, October 18, 2012

Pemasangan Pendawaian Trunking & Konduit

18 OKTOBER 2012
BENGKEL PEMASANGAN KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU

Salam hormat, entri kali ini lebih mencabar....hehehe. Pemasangan trunking & konduit memerlukan kemahiran agak tinggi kerana pemasangan jenis ini lebih menonjol dan mudah dilihat. Jika pelajar tidak dapat menguasai kemahiran membentuk pemasangan jenis ini maka hasilnya agak mencacatkan penglihatan. Oleh kerana itu setiap pelajar mestilah memberi 100% fokus ketika pengajar menunjukkan kaedah yang betul semasa proses P&P.
Pemasangan jenis ini juga menitikberatkan keselamatan semasa amali dijalankan.

Dalam tugasan kali ini pelajar diberi pendedahan serta kaedah yang betul untuk membentuk trunking & konduit. Mari kita lihat......

















Pemasangan Pendawaian Sesalur

10 OKTOBER 2012
BENGKEL PEMASANGAN

Salam hormat kepada semua pengunjung-pengunjung blog KVBP. Entri kali ini mengenai projek amali pelajar KV menggunakan sesalur pvc. Dimana pelajar ditugaskan membuat pendawaian yang memerlukan kemahiran aras sederhana bagi membentuk laluan pemasangan.

Tugasan : 1) 2 suis 2 hala mengawal 1 lampu.
               2) 1 suis 1 hala mengawal 2 lampu.
               3) 1 suis 1 hala mengawal kipas siling
               4) mendawai 2 soket alir keluar 13amp litar jejari.