Saturday, May 8, 2010

SELAYANG PANDANG SEK. MEN. VOKASIONAL BALIK PUALU

Sekolah ini diserahkan kepada Kementerian Pendidikan oleh kontraktor pada 5 November 1992, dan mula beroperasi pada 18 Januari 1993 dengan penerimaan kumpulan pertama pelajar-pelajar tingkatan 4 dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Balik Pulau. Kumpulan pertama tenaga pengajar dan pengurusan terdiri daripada seorang Pengetua ( En. zokarnain b Hj. Jobshi). 5 orang guru akademik dan 5 orang guru teknikal.

Sekolah ini dibina khusus untuk dua bidang kemahiran iaitu Elektrik dan Elektronik. Bidang-bidang yang ditawarkan ialah Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik ( Teknik ), Kursus Elektrik dan  Elektronik (Vokasional ), juga Sijil Kemahiran iaitu Jaringan domestik dan Industri ( JDI ) serta Menservis radio dan TV ( MRTV ). Sekolah ini telah dibina di atas sebidang tanah seluas 16.18 hektar ( 40 ekar ), terletak kira-kira 0.5 km dari Pekan Genting dan 2.0 km dari Pekan Kongsi.

Dari segi kemudahan fizikal yang disediakan, sekolah ini mengandungi 30 blok bangunan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan iaitu:
a) 1 Dewan Besar.
b) 1 Blok Pentadbiran - pejabat, bilik mesyuarat, bilik guru utama dan bilik gerakan.
c) 6 Blok 'trade school' - bilik darjah, bilik lukisan, makmal sains, bilik komputer, bilik bimbingan  dan         kaunseling, pusat sumber, kedai koperasi dan bilik-bilik panitia tertentu.
d) 1 Bangunan perpustakaan dan stor kooperasi.
e) 7 Buah bengkel Elektrik dan Elektronik
f) 8 Blok Asrama ( mampu menampung 600 orang pelajar dalam satu masa).
g) Kediaman ( 1 kediaman Pengetua, 1 kediaman Pen. Kanan, 1 kediaman Ketua Warden, 4 unit rumah guru dan 10 unit rumah kakitangan)
h) Kemudahan sukan ( 1 padang bola sepak, 1 gelanggang tenis, 1 gelanggang bola tampar, 1 gelanggang bola keranjang, 4 gelanggang sepak takraw dan 3 gelanggang badminton di dalam dewan besar)
i) Sebuah surau.

Sehingga kini SMVBP telah menerima khidmat 4 orang pengetua iaitu En. Zulkarnain b Jobshi (1993 - 1997), Tn. Hj. Ismail b. Shaari (1997 - 2000), En. Azami b. Bakar (2000 - 2005) dan En. Wan Aziz b. Megat Zainon (2005 - 2010).