Monday, January 30, 2012

Merentas Desa

ATURCARA PROGRAM
MERENTAS DESA KVBP 2012

RAPTAI MERENTAS DESA

TARIKH  : 10 FEBRUARI 2012
HARI       : JUMAAT
MASA     : 3.30 PETANG

HARI MERENTAS DESA

TARIKH  : 11 FEBRUARI 2012
HARI       : SABTU

ATURCARA

07:45 PAGI : Semua pelajar berkumpul di padang kolej

08:00 PAGI : Aktiviti memanaskan badan di padang kolej dan pendaftaran kehadiran pelajar

08:30 PAGI : Pelepasan pelajar oleh VIP
                     Pelajar lelaki dilepaskan terlebih dahulu

08:35 PAGI : Pelajar perempuan dilepaskan

09:30 PAGI : Pelajar dijangka menamatkan larian
                     Makanan dan minuman diedarkan kepada pelajar

09:45 PAGI : Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang di dalam Dewan Ibnu Khaldun

11:00 PAGI : Majlis tamat.



Sunday, January 29, 2012

Selamat Pengantin Baru

KAMI WARGA KV BALIK PULAU MENGUCAPKAN
TAHNIAH & SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA 2 PASANGAN PENGANTIN SEMOGA BERBAHAGIA DAN BERKEKALAN KE AKHIR HAYAT.
AMIN.

EN M SHAROL NASIRUDIN & PN SITI NOR AIDA
( MAJLIS BERTANDANG )







EN MUHAMMAD SYAFIQ & PN NURUL IZZATI
( MAJLIS PERSANDINGAN )








Wednesday, January 25, 2012

Khasiat Alam

Bunga Kenanga
 Rawat Malaria Dan Lelah
Tiga kuntum bunga kenanga dicelur dalam semangkuk air panas mendidih dan dibiarkan selama 10 minit.Ramuan hendaklah diminum dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang seterusnya diulangi sehingga penyakit berkurangan dan beransur-ansur hilang.
Cara kedua, ambil tiga kuntum bunga kenanga yang telah kering dan dimasukkan ke dalam segelas air panas mendidih dan ditutup. Kemudian, tapis bahan-bahan tersebut dan minum apabila ia sejuk.


Daun Misai Kucing




 Khasiat Daun Misai Kucing
Tumbuhan herba ini memang sudah dikenali sebagai bahan semula jadi yang baik untuk kesihatan. Ia mempunyai pelbagai manfaat yang sememangnya terbukti sejak dari zaman dahulu kala lagi.
Untuk menjaga kesihatan diri, ambil dua atau tiga helai daun misai kucing dan masukkan ke dalam bekas berisi air panas kemudian tutup hingga air menjadi suam seterusnya diminum.


Pokok Mambu
Terangkan Mata Kabur
Mambu, pokok herba tertua di dunia dan boleh hidup selama 200 tahun. Ia mempunyai banyak khasiat dan mampu merawat pelbagai penyakit termasuk berkaitan deria penglihatan.
Untuk menerangkan mata kabur, anda boleh mendapatkan teras pokok mambu yang agak tua ( berwarna putih ), seterusnya masukkan ia ke dalam periuk tanah yang ditambah air dan biarkan sehingga mendidih. Amalkan minum air rebusan itu sebanyak dua kali sehari, pagi dan petang.



Sumber : Sinar Harian | Selasa | 24 Januari 2012







Tuesday, January 17, 2012

GURU OH GURU


Berburu ke padang datar 
Dapat rusa belang kaki 
Berguru kepalang ajar 
Ibarat bunga kembang tak jadi 

Dialah pemberi paling setia 
Tiap akar ilmu miliknya 
Pelita dan lampu segala 
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat 
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat 
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat 
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa 
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta 
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara 
Jika hari ini seorang ulama yang mulia 
Jika hari ini seorang peguam menang bicara 
Jika hari ini seorang penulis terkemuka 
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; 
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa 
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya 
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota 
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu 
Dia adalah guru mewakili seribu buku; 
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa 
Semakin bererti tugasnya kepada negara. 
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku 
Budi yang diapungkan di dulang ilmu 
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat 
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 
1979

Monday, January 16, 2012

Apakah Erti Kejayaan Untuk Anak Anda?


Saya percaya, ramai orang bersetuju bahawa maksud kejayaan itu adalah subjektif. Sebagai ibubapa, kitalah yang menetapkan garis ukur kejayaan untuk anak kita. Apakah erti kejayaan untuk anak anda?

Ada orang menilai kejayaan anak dari sudut pencapaian akademiknya. Ada juga yang meletakkan anak itu berjaya bila ia berjaya mengumpul harta yang banyak, ada kereta besar dan ada rumah besar. Mengapa erti kejayaan ini sangat penting?

Apabila kita rasakan bahawa kecemerlangan akademik adalah kejayaan buat anak kita, maka kita akan tumpukan usaha pada akademiknya. Hantar ke sekolah yang bagus. Hantar ke kelas tuisyen dsb. Apabila kita meletakkan kejayaan itu pada harta, maka kita akan usahakan supaya anak kita untuk mempunyai pendapatan tetap, ada kerjaya yang baik, ada ijazah keleas pertama supaya dapat mohon kerja yang bagus dsb.

Ya, erti kejayaan yang kita cipta akan memberi kesan terhadap apakah yang akan kita usahakan untuk anak kita sepanjang mendidiknya. Jadi, apakah erti kejayaan yang sebenar untuk anak kita?
Kejayaan yang hakiki, ialah apabila anak kita dapat taat perintah Allah swt dan dapat amal cara hidup Rasulullah saw dalam setiap yang dilakukan dalam kehidupannya. Sekiranya dia seorang yang cemerlang akademiknya, dia adalah seorang pelajar genius yang taat kepada Allah dan RasulNya. Sekiranya dia seorang doktor, dia adalah seorang doktor yang taat kepada Allah dan Rasulnya. Sekiranya dia seorang businessman, dia adalah seorang businessman yang taat kepada Allah dan Rasulnya.

Hasilnya…
Seorang pelajar yang beriman pada Allah dan Rasulnya akan yakin bahawa kejayaan yang ada padanya bukan datang dari kepandaian dirinya, tetapi ia datang daripada Allah. Dengan ilmu yang dia ada, dia akan gunakan dan amalkan mengikut apa yang dibenarkan oleh Allah swt dan ditunjukkan oleh Nabi saw.

Seorang doktor yang beriman akan bekerja dengan ikhlas. Merawat pesakitnya kerana Allah. Mengajak pesakitnya untuk sentiasa dekat kepada Allah yakin kepada kuasa Allah. Hanya Allah yang boleh menyembuhkan penyakit. Ubat dan doktor tak dapat sembuhkan sebarang penyakit. Maka, nasihatnya pada pesakit adalah supaya menambahkan ibadah dan doa nya agar disembuhkan dari penyakit.

Seorang businessman yang beriman akan menjaga waktu solatnya. Kerana dia yakin, rezeki itu datangnya daripada Allah. Bukan daripada usahanya memajukan perniagaan. Dia tidak akan memakan riba’ kerana riba’ itu diharamkan oleh Allah dan setiap yang Allah swt haramkan pasti membawa kegagalan. Dia yakin, semakin tinggi ketaatannya pada Allah swt, semakin berjayalah kehidupannya di dunia dan di akhirat.

Letakkanlah erti kejayaan yang sebenar kepada anak-anak kita, supaya mereka tahu apakah yang lebih utama untuk hidup ini. Walau setinggi mana pun ijazah yang kita perolehi, walau setinggi mana pun pangkat yang kita miliki, walau sebanyak mana pun harta yang kita dapat kumpul, Allah swt tidak pernah akan tanya semua itu apabila kita tiba di akhirat nanti.

Allah swt hanya akan tanya kita, tentang IMAN dan AMAL yang telah kita usahakan di dunia ini. Kedua perkara ini jugalah yang akan menentukan kejayaan abadi buat kita, samada ditempatkan di syurga mahupun di neraka.

Saturday, January 14, 2012

Undangan Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum...

Kepada sahabat-sahabat yang mengenali M Sharol Nasirudin bin Muhamad Nor, dijemput hadir ke majlis perkahwinan bersama pasangannya Siti Nor Aida binti Hj. Che Jaafar. Semoga dengan kehadiran anda dapat menyerikan lagi majlis tersebut.

Tempat : Blok D2, Rumah Keretapi Mela, 27010 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
Tarikh : 28 Januari 2012 bersamaan 4 Rabiul Awal 1433 Hijrah

Aturcara Majlis
12 t/hari - 5.00 petang
(jamuan makan)

Turut Mengundang
Seisi Keluarga

Talian Majlis
093129046 (rumah)
0199382641 (Muhamad Nor)
0199146374 (Zuriah)
0193423646 (Sharol)

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon doa restuMu, berkatilah majlis ini, limpahkanlah barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumahtangga mereka aman, bahagia dan sejahtera dalam ketaatan dan ketaqwaan kepadaMu.
Satukanlah hati kedua mempelai ini
Sharol & Aida
di atas kecintaan mereka kepadaMu, jadikanlah pasangan ini saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan di kala jauh, saling menghibur di kala duka, saling mengingati di kala bahagia, saling menyempurnakan ibadat kepadaMu. Jadikanlah rumahtangga pasangan ini seindah Adam a.s & Hawa, setabah Ibrahim a.s & Hajar, sebagaimana Yusof a.s & Zulaikha, sesetia Sulaiman a.s & Balqis dan sesuci Muhammad s.a.w & Khadijah.
Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah kejayaan kepada mereka didunia dan diakhirat. Sempurnakanlah kebahagiaan pasangan ini dengan menjadikan pernikahan ini sebagai ibadah kepadaMu dan bukti pengikatan cinta mereka kepada sunnah keluarga RasulMu. Sesungguhnya Kaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Amin Ya Rabbal Alamin...









Undangan Majlis Penyatuan Dua Hati

Assalamualaikum...

Dijemput semua kawan-kawan yang mengenali Nurul Izzati bt Mohamed Deril untuk hadir ke majlis persandingannya. Semoga dengan kehadiran anda semua dapat menyerikan lagi majlis tersebut.

Tempat : Lot 4360, Jalan Kemudi, Kg Seri Tiram Jaya, 45500 Tg Karang

Tarikh : 24 Januari 2012 bersamaan dengan 30 Safar 1433 Hijrah

Aturcara Majlis
11.30 pagi - 6.00 petang

Turut Mengundang
Seisi keluarga

~ SEMOGA BERBAHAGIA DAN BERKEKALAN KE ANAK CUCU ~

Friday, January 13, 2012

Mengapa Kisah Keluarga Imran Diceritakan Dalam Al Quran?


Kita semua tahu, dalam Al-Quran ada sebut tentang keluarga Imran. Walaupun kita tak tahu siapa Imran tu, tetapi Allah swt telah rakamkan kisah keluarga ini dalam Al Quran. Mengapa? Kerana..keluarga Imran ialah keluarga contoh yang ada fikir risau tentang zuriat. Mereka bukan risau zuriat mereka tak makan, takde rumah, atau takde kerja…

Tapi fikir risau mereka adalah bagaimana anak dan zuriat mereka dapat jadi orang-orang yang khidmat untuk agama…fikir risau agar anak cucunya selamat dari disentuh dan diganggu oleh syaitan…Justeru, kita baca dalam Al-Quran bagaimana isteri Imran, ibu kepada Hadrat Maryam a.s semasa hamil lagi telah berniat, malah menazarkan anaknya untuk berkhidmat kepada agama…Kemudian, dia doa lagi agar anaknya dan zuriatnya tidak diganggu syaitan. Maka lahirlah Maryam a.s dan Isa a.s tanpa disentuh oleh syaitan, mereka tidak menangis ketika lahir. (Selain dari mereka berdua, semua bayi yang lahir disentuh oleh syaitan sebaik saja mereka menerpa dari perut ibu mereka..)

Tapi, apabila lahirnya seorag anak perempuan, isteri Imran tidak putus asa dan gelabah, dengan tenang dia tunaikan nazarnya dan mengadu kepada Allah bahawa yang lahir ini adalah anak perempuan, dan perempuan tidak seperti lelaki. Namun, Allah Maha Tahu apa yang Dia taqdirkan…dan dia (isteri Imran) redha atas ketentuan ini, dan tetap tunaikan nazarnya dengan meletakkan Maryam a.s di mihrab (dlm kawasan masjid) dengan dijaga oleh bapa saudaranya Nabi Zakariyya a.s..

Pernah saya dgr tafsir kisah Maryam a.s ini, bahawa Maryam a.s ini cepat sekali tumbesarannya, bkn seperti manusia biasa…Hanya dalam beberapa tahun dia telah sampai umur jadi gadis, kemudian tambah matang…Begitu juga Nabi Isa as, lahir sahaja sudah boleh bertutur dengan fasih! Maknanya mereka membesar rapidly! Pada zaman itu, keadaan semasa orang-orang Yahudi sangat rosak dari moral mereka. Justeru, Nabi Zakariyya a.s meletakkan Maryam a.s di tingkat yang tinggi dan dilindungi dari melihat persekitarannya…Khabarnya pintu untuk sampai ke mihrab tempat Maryam a.s tinggal mempunyai 27 pintu dan hanya Nabi Zakariyya a.s seorang sahaja yang boleh masuk ke situ.. masyaAllah…

Dengan izin Allah, Maryam a.s dibesarkan dalam suasana yang bersih dari maksiat, dalam suasana ibadat. 
Keyakinannya pada Allah bertambah, dengan datangnya buah-buahan di luar musim terus ke dalam mihrabnya…Apabila ditanya oleh Nabi Zakariyya a.s, dari mana datangnya buah-buahan ini, kerana hanya dia seorang sahaja yang boleh masuk ke situ, dijawab Maryam a.s…”huwa min ‘indillah“…yang bermaksud; “ianya dari sisi Allah” . Sehingga berkali-kali ditanya oleh Nabi Zakariyya a.s, itu juga jawapannya…Maka yakinlah Nabi Zakariyya a.s bahawa anak gadis ini sangat istimewa, dapat rezeki terus dari Allah..

Dan kemudian dia pun terfikir, takkan dia pun tak boleh dapat, sedangkn dia seorang Nabi…Maka, dia terus doa untuk dapat zuriat yang akan menyambung kerja agamanya…(sedangkan pada waktu itu, Nabi Zakariyya a.s sudah tua dan isteri Nabi Zakariyya a.s sudah berumur 80 tahun++) Dan hasilnya, doa Nabi Zakariyya a.s dimaqbulkan oleh Allah dengan berita yang dia akan dapat seorang anak namanya Yahya yang akan menjadi nabi juga…MasyaaAllah! bukan saja dapat anak, siap nama dan tugas lagi dah diberitakan. Walhal baru berdoa, belum pun lahir anaknya…

Oh ye, kata-kata Maryam a.s tadi bila di tanya oleh Nabi Zakariyya a.s itu, (“huwa min ‘indillah“) pernah juga disebut-sebut oleh Fatimah r.aha bila beliau menerima pemberian dari sesiapa…Jadi, kita pun bila ada jiran ke.. sape-sape bagi kita makanan atau apa-apa juga, kita katalah ‘huwa min ‘indilllah‘…lebih-lebih lagi kalau orang atau suami.. atau anak tanya, “sapa bagi ni ummi?”…kita pun jawab dulu…’huwa min ‘indilllah….dan lepas tu, barulah cakap…”makcik nab sebelah tadi hantarkan..” begitulah hendaknya.. Semoga yakin kita bertambah pada Allah setiap waktu.

Kisah keluarga Imron ni, Allah beritakan dalam Quran supaya kita ambil kaedahnya..

1. Semasa hamil, niat anak untuk agama, doakan anak agar dilindungi Allah dari syaitan…Rujuk surah Ali Imran, ada ayat doa isteri Imran tu…Amalkan ye…

2. Ibu-ibu hamil, jangan tinggalkan ibadah kepada Allah, di samping dakwah siang hari, malam bangun tahjjud doa pada Allah.

3. Anak-anak yang sedang membesar, kita besarkan dalam suasana iman dan amal. Hari-hari, cakap tentang keyakinan dan kebesaran Allah sehingga dia yakin semuanya datang dari Allah…

4. Kita usaha anak kita diberi pelajaran agama yang baik, macam Maryam a.s dihantar kepada Nabi Zakariyya a.s untuk ditarbiyah agama…Kita bukan ustaz ustazah, kita hantar anak-anak ke madrasah agar dapat belajar agama. Tapi, untuk hasilkan iman yakin, hanya dengan dakwah, jadi kita didik anak kita dengan dakwah juga…

5. Bila kita hidupkan suasana iman dan amal dalam rumah, kita akan dapat keyakinan kepada Allah swt dan  orang yang datang ke rumah kita juga akan terkesan dengan keyakinan kita.

6. Anak-anak perempuan kita jangan selalu biasakan berada di luar rumah…nanti akan terkesan dengan suasana maksiat di luar…

Ada banyak lagi pengajaran dari kisah keluarga Imran ini, jadi kita bacalah Surah Ali Imran dalam al Quran, dan amalkannya…InsyaAllah semoga saya dapat amalkan, begitu juga dengan anda..dan sampai-sampaikanlah cerita ini pada yang lain….sabda Nabi Muhammad SAW lebih kurang maksudnya, kadang-kadang orang yang disampaikan itu, lebih dapat amalkan dari orang yang menyampaikannya…kerana taufik hidayah adalah dari Allah…Moga-moga dapat sahamnya bila orang lain amalkan…

WALLAHUALAM…


BY : Ummu Solihin - anakkusoleh.com

Ahli Jawatankuasa Minggu Silaturahim

Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pelajar yang terlibat dalam menjayakan program Minggu Silaturahim Kolej Vokasional Balik Pulau 2012



Penutup Minggu Silaturahim 2012

13 Januari 2012, Dewan Ibnu Khaldun

Ucapan penutup oleh Pengarah Kolej Vokasional Balik Pulau, Pn. Hjh. Latifah binti Mohd Yusof










Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pada setiap acara yang diadakan sepanjang Minggu Silaturahim ( wakil setiap kumpulan )