Thursday, January 12, 2012

Kawal Emosi Jika Mahu Berjaya


Untuk berjaya, ramai berpendapat bahawa Intelligent Quotient atau IQ  sangat penting. Tapi ramai tidak mengetahui bahawa selain IQ, Emotional Quoteint atau EQ juga amat penting untuk mencapai kejayaan. EQ berperanan besar dalam memastikan seseorang sentiasa berprestasi tinggi.

Bagi anda yang belum tahu apa itu EQ, penjelasan ringkasnya adalah kemampuan untuk mengenali dan mengawal emosi diri dan bukan biarkan diri dikawal oleh emosi. Orang yang berEQ tinggi mempunyai rasa tanggungjawab yang mendorong mereka mengerjakan tugas dengan baik.

Untuk mengembangkan EQ agar mencapai tahap yang ideal, cuba ikuti langkah-langkah yang berikut:

1. Fahami diri sendiri

Ketahui tahap emosi anda. Adakah anda termasuk dalam kategori yang sangat emosional atau biasa saja? Sedari apa yangg membuatkan anda marah, menangis, sedih, gembira dan bahagia. Semakin dalam anda mengenali diri sendiri, semakin mudah anda memahami orang lain.

2. Sedari kelemahan diri

Menyedari kekurangan dan kelemahan diri dapat membantu melatih emosi anda.Tetapi, setakat menyedari kelemahan dan kekurangan diri tanpa berusaha mengubahnya tentu bukan suatu sikap yang bijaksana. Berjanjilah pada diri bahawa anda pasti dapat mengubah kelemahan dan kekurangan itu.

3. Miliki rasa empati

Kalau anda merasa selesa dengan keadaan diri anda, ini bererti bahawa anda sudah mencapai fasa pengembangan EQ yang hampir ideal. Anda sudah dapat menerima dan mendengar pendapat orang lain sekali gus memahami kekurangan dan kelemahan orang lain.

4. Percaya diri

Sikap percaya diri merupakan salah satu modal kejayaan anda. Kalau anda yakin dengan kata hati dan kemampuan anda, anda akan dapat membuat keputusan yang paling tepat untuk hidup anda tanpa bergantung kepada orang lain.

No comments: