Tuesday, February 28, 2012

Buah-buahan Dan Minuman Pilihan Dalam Al-Quran Dan Hadis

Buah Kurma
Buah kurma sememangnya makanan ruji bangsa Arab dan merupakan amalan harian Rasulullah SAW memakannya. Pohon kurma dikenali sebagai tumbuhan yang lasak berikutan dengan kitaran hidup semulajadi di padang pasir yang kering kontang. Ia tumbuh dengan subur di oasis dan wadi di padang sahara.
Kurma mempunyai banyak khasiat antaranya ialah pemberi tenaga, membantu memperkemaskan sistem tubuh dan otak.
Daripada Salman Ibn Amir, " Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : Jika salah seorang diantara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu barakah (berkat), kalau tidak ada (kurma) maka dengan air kerana air itu bersih dan suci."
Di dalam riwayat yang mahsyur ada menyatakan Rasulullah SAW berbuka puasa dengan tiga biji tamar (kurma) dan segelas susu.


Buah Tin

Allah SWT berfirman : " Demi buah tin dan zaitun, demi Gunung sinai dan Negeri (Mekah) yang dijadikan aman..." (At Tin : 1).
Antara manfaatnya ialah mengimbangi tekanan darah, merendahkan tahap kolestrol, membantu mencapai berat badan yang seimbang dan ideal, membantu mengatasi angin ahmar, mencegah penyakit kencing manis, memerangi kanser, mencegah serangan ghout, mencegah sembelit dan buasir.


Buah Zaitun








Rasulullah SAW bersabda : "Gunakanlah sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati." (H.R. at-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Ia dipilih antara makanan yang banyak memberikan manfaat bukan sahaja sebagai pengganti minyak dalam masakan malah atas keberkesanannya mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang dianggap sebagai penyakit utama masa kini dan ia terbukti berkesan.


Habbatus Sauda

Rasulullah SAW bersabda : "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan As Sam." Para sahabat bertanya : "Ya Rasulullah, apakah itu As Sam?" Baginda menjawab : "As Sam itu adalah mati." (H.R. Bukhari).
Menurut Dr. Danial Zainal Abidin, hebatnya khasiat habbatus sauda ini hingga ia dijadikan ramuan asas dalam membuat penawar untuk penyakit Aids, kanser dan barah.






Air Zam-zam


Rasulullah SAW bersabda : "Air paling baik di permukaan bumi ialah Air Zam-zam. Ia mengandungi makanan yang bergizi dan menyembuhkan penyakit." (H.R. at-Tirmizi).
Rasulullah SAW bersabda : "Zam-zam diberkati dan mengandungi makanan bergizi." (H.R. Muslim).
Manfaat meminum Air Zam-zam ialah semasa kita meminumnya dengan niat dan doa. Berniat dan berdoalah bersungguh-sungguh sepertimana pesan Baginda SAW : "Air Zam-zam sesuai dengan tujuan orang yang meminumnya." (H.R. Ibnu Majah).
Para saintis pernah mengkaji tentang kandungan Air Zam-zam. Mereka mendapati Air Zam-zam adalah air yang paling bersih dan tidak tercemar. Ia mengandungi lebih daripada 40 mineral di dalamnya yang mampu memberi banyak manfaat kepada manusia.

Madu


Surah an Nahl (ayat 69), Allah SWT telah memerintahkan kepada lebah : "Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkan-Nya kepadamu." Lalu Allah SWT di dalam surah yang sama telah menentukan bahawa : "Dengan itu keluarlah dari badannya (lebah) minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)."








No comments: