Tuesday, June 12, 2012

Kisah 3 Malaun

12 JUN 2012 | SELASA


Di sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Amri, sorang tu Sarip dan sorang lagi Khairil. 

Aktiviti seharian depa ni menybabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Amri pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Amri azan. Tanpa berlengah terus je Amri azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Amri dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Amri.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, Sarip panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Sarip pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Sarip ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Sarip. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Khairil jadi imam. Si Khairil pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dgn wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Khairil niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Khairil ni... Tapi dgn bongkaknye si Khairil berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasyat aku semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...





No comments: