Saturday, January 7, 2012

Kolej Vokasional Balik Pulau

Kolej Vokasional Balik Pulau adalah diantara 15 buah Sekolah Menengah Vokasional yang dinaiktaraf  juga merupakan program rintis mulai tahun 2012. Kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Balik Pulau ialah Teknologi Elektrik & Teknologi Elektronik. Sijil yang akan dikeluarkan ialah sijil vokasional yang setara dengan sijil kemahiran.

Semua pelajar di Kolej Vokasional ini akan mengikuti pengajian selama empat tahun bersamaan dengan lapan semester. Bidang Kolej Vokasional memberi peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana yang berminat kepada pembelajaran bercorak vokasional yang meliputi 30% akademik ( mata pelajaran teras ) dan 70% kemahiran ( Aliran kursus yang diambil ) .

Kandungan bidang Kolej Vokasional mempunyai 30% teori dan 70% praktikal. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan tenaga mahir separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS dan institut latihan kemahiran awam dan swasta atau terus ke alam pekerjaan.


Ringkasan :
  • Kurikulum Vokasional dirombak secara komprehensif supaya mencapai standard yang memenuhi keperluan pasaran kerja dan pasaran semasa.
  • Kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Balik Pulau ialah Teknologi Elektrik & Teknologi Elektronik.
  • Pembelajaran bercorak Vokasional yang meliputi 30% akademik dan 70% kemahiran. ( Lebih pada pembelajaran kemahiran )
  • Kandungan bidang Kolej Vokasional mempunyai 30% teori dan 70% praktikal. ( Lebih kepada amali  mengikut aliran yang diambil )
  • Menggunakan sistem semester ( 8 semester selama 4 tahun bersamaan dengan 2 semester setahun ).
  • Sijil yang akan dikeluarkan ialah Sijil Vokasional yang setara dengan Sijil Kemahiran Malaysia.


Kursus lain yang ditawarkan di Kolej Vokasional :


  1. Teknologi Automotif
  2. Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
  3. Pemesinan Industri
  4. Teknologi Kimpalan
  5. Teknologi Binaan
  6. Teknologi Elektrik
  7. Teknologi Elektronik
  8. Fesyen & Membuat Pakaian
  9. Seni Kulinari
  10. Kosmetologi
  11. Hortikultur Hiasan
  12. Landskap
  13. Mekanisasi Agro
  14. Agroindustri Tanaman
  15. Agroindustri Ternakan Ruminan
  16. Agroindustri Ternakan Poltri








No comments: