Tuesday, January 3, 2012

Prinsip Kerja X-PLUS



KE ARAH MEREALISASIKAN AGENDA TRANSFORMASI NEGARA

Prinsip Kerja X-PLUS

Inilah prinsip kerja kaum professional era GTP dan ETP : memaksimumkan impak penyampaian perkhidmatan dalam bentuk kebersihan kerja aras cemerlang ( excellence ) berteraskan pengetahuan, latihan, usaha dan semangat sepasukan. Inilah Prinsip kerja X-PLUS.

Dengan prinsip kerja ini diharapkan setiap individu pendidikan dan pegawai pendidikan di segenap segmen organisasi dan jentera pendidikan Negara dapat merekayasa ( reengineer ) dan meneroka inisiatif baru dalam cara-cara melakukan kerja dan menginovasi program atau aktiviti baru bagi melengkapi program atau aktiviti sedia ada.


Prinsip Pertama : Cemerlang ( EXCELLENCE )

Inilah kayu ukur keberhasilan kerja setiap individu. Cemerlang atau excellence berbeza dengan kualiti. Kualiti bermaksud memnuhi kehendak pelanggan, yakni menepati ketetapan kerja, mematuhi tuntutan perkhidmatan, mengikuti sepenuhnya perencanaan dan strategi, menyempurnakan tugasan pegawai atasan, dan mencapai sasaran kerja tahunan, Walhal cemerlang bermaksud ' go beyond ', yakni memenuhi kehendak yang tidak terungkap oleh pelanggan, menangani cabaran yang belum tiba, dan melepasi rekod sedia ada. Cemerlang bermakna melepasi aras kualiti, melepasi pencapaian terbaik sebelum ini, mewujudkan aras pencapaian baru untuk dikejar oleh pesaing. 

Cemerlang dalam konteks berfikir dan meneroka pelbagai pilihan penyelesaian bererti " think the unthinkable " dan " reason the unreasonable ". Halangan kecemerlangan ialah batasan kemahuan dan batasan imaginasi. " Every school is a good school, tiada sekolah kecuali yang terbaik. Inilah tuntutan rakyat kepada kerajaan dan kerajaan mengamanahkan tanggungjawab ini kepada jentera pendidikan Negara.


Prinsip Kedua : Pengetahuan

Faktor utama produktiviti bukan lagi bilangan kerja, teknologi dan peruntukan yang banyak, faktor utama produktiviti ialah maklumat dan pengetahuan. Cara bekerja, cara mengajar dan cara mengurus pengajaran dan pembelajaran dalam era ini bukan lagi sesuatu yang rutin, berulang-ulang dan rigid, tetapi sarat dengan kepelbagaian cara dan gaya, tidak berulang-ulang, mencabar daya upaya setiap orang dalam menggunakan kebijaksanaan, budi bicara, penilaian dan pertimbangan.

Maka urusan memimpin, mengurus, merancang, melaksanakan dan memantau wajiblah berasaskan pengetahuan ( knowledge-based ) bukan berpandukan kebiasaan atau mengikut rutin atau memenuhi kepentingan diri sendiri. Demikian juga berfikir, bercakap, menulis dan bertingkahlaku hendaklah berasaskan pengetahuan, bukan berpandukan perasaan, emosi, kebiasaan dan ketaksuban. Pekerjaan mendidik, melatih, mengasuh, membimbing, mengajar dan menilai mestilah berdasarkan pengetahuan, bukan kebiasaan atau rutin.


Prinsip Ketiga: Latihan

Latihan bermaksud belajar sepanjang hayat untuk mempertajam keupayaan melaksanakan tanggungjawab semasa dan mempersiap keupayaan untuk tanggungjawab yang lebih besar dan mencabar. Latihan bermakna bina upaya yang berterusan, bukan sekadar memenuhi ketetapan perkhidmatan. Latihan bererti bersedia untuk berubah, bersedia untuk melaksanakan idea baru, bersedia untuk menggunakan cara gaya baru dalam menyempurnakan tanggungjawab, bersedia menjayakan transformasi.


Prinsip Keempat : Usaha

Usaha berbeza dengan kerja. Usaha bermaksud berikhtiar seupaya mungkin dengan menggunakan pelbagai sudut pemikiran, sumber dan kreativiti dan inovasi demi menyempurnakan misi mencapai objektif. Usaha bermaksud " go extra mile ". Sedangkan ' kerja ' bermaksud melaksanakan tugas sebagaimana yang ditetapkan atau diarahkan. Kerja mengutamakan kepatuhan kepada arahan. Usaha mengutamakan matlamat dan objektif. Ukuran kerja ialah kecekapan. Ukuran usaha ialah keberkesanan.






















No comments: