Tuesday, January 10, 2012

Pendaftaran Pelajar Kolej Vokasional Balik Pulau 2012

Isnin, 9 januari 2012
Dewan Ibnu Khaldun Kolej Vokasional Balik Pulau

Pengambilan pelajar Kolej Vokasional pada hari ini disambut dengan penuh semangat oleh warga penyarah  kolej. Seawal jam 7.30 pagi perkarangan dewan kelihatan sibuk dengan kehadiran pelajar-pelajar baru bersama keluarga masing-masing walaupun pendaftaran bermula jam 8.00 pagi. 

Seramai 176 pelajar telah mendaftar pada hari ini. Pelajar yang mendaftar asrama seramai 138 orang, 94 pelajar lelaki manakala pelajar perempuan seramai 44 orang dan selebihnya ialah pelajar harian.

Terima kasih kepada semua warga kolej yang telah bertungkus-lumus menyempurnakan pendaftaran tahun ini.










































No comments: